USAHAWAN sensasi Datuk Seri Aliff Syukri meluahkan rasa bengang dengan seorang individu yang didakwa masih belum melunaskan hutangnya.
Kata Aliff, 37, lelaki yang juga merupakan bapa kepada seorang ikon fesyen itu didakwa belum membayar hutang yang dianggarkan berjumlah puluhan juta ringgit.