Gangguan IT global yang mencetuskan kegagalan sistem serta huru-hara dalam urusan orang ramai telah menyebabkan banyak syarikat penerbangan kehilangan pendapatan mencecah jutaan.
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Capital A Bhd Tan Sri Tony Fernandes berkata bahawa beliau menerima permohonan maaf CrowdStrike tetapi menekankan bahawa syarikat penerbangan masih menunggu penjelasan daripada Microsoft mengenai insiden itu.