BEKAS pembantu peribadi usahawan Datuk Seri Aliff Syukri dan Datin Seri Nur Shahida menangis memgharapkan kes membabitkan dirinya dengan bekas majikan dapat diselesaikan secara baik.
Melati atau Melati Abdul Ghani, 47, diarah untuk melantik peguam bagi membela diri susulan permohonan komital difailkan terhadapnya.
Sementara itu, peguam mewakili Shahida iaitu Hasshahari Johari Mawi berkata dia diarahkan oleh anak guamnya untuk memfailkan kes berkenaan selepas pihak defendan melanggar perintah mahkamah.