Syukur... 10 juta tonton mStar Baek, artis terharu terima bantuan

mStar Malaysia 2024-06-26

Views 33.9K

SYUKUR program mStar Baek musim kedua kolaborasi bersama KPJ Healthcare menerima sambutan hebat penonton dan meraih lebih 10 juta tontonan di semua platform digital mStar.

Justeru itu, mStar menganjurkan Majlis Penyerahan Sumbangan Jalinan Kasih Prihatin, mStar Baek bertempat di Menara KPJ, Kuala Lumpur pada Selasa, 25 Jun.

Tujuh selebriti dan individu yang terpilih dalam program kali ini turut hadir menerima sumbangan.

Mereka ialah Izam (EYE), Dwan Olan, Iqbal Mazlan, Isma Aliff, wakil Allahyarham Jaafar Onn, Pak Engku iaitu bapa arwah Along Spoon dan Norazlina Zakaria.

Jom saksikan kemeriahan sekitar majlis berkenaan.

Share This Video


Download

  
Report form