Tiada ungkapan yang sesuai untuk menggambarkan perasaan seorang ibu, apabila anak yang dikandung, yang baharu sahaja melangkah mengenali dunia menderita sawan sejak lahir. Luah Justine Knowlson, ibu kepada Oran Knowlson, iaitu kanak-kanak warga Britain yang menghidap epilepsi, setiap hari anaknya itu menderita sawan yang berlaku tanpa mengenal masa. Kadang-kadang, anaknya itu tiba-tiba rebah dan tidak sedarkan diri, malah ada kalanya, berhenti bernafas. Dengan doa seorang ibu, derita dialami Oran Knowlson menemui sinar apabila menjadi kanak-kanak pertama di dunia yang berjaya menjalani pembedahan implan epilepsi pada otak.