Polis Kelantan dan Thailand bekerjasama menjalankan siasatan berkait tindakan penyeludup petrol dan diesel yang melepaskan tembakan ke arah sepasukan anggota Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) di Sungai Golok berhampiran pangkalan haram Pok Mat di Kampung Simpangan, Tumpat pada Rabu.