SUAMI pendorong usahawan Siti Jamumall melakukan banyak perubahan dalam menjadi seorang muslimah lebih baik termasuk mula memakai hijab.
Siti atau Siti Suriani Wahiddin, 25, berkata, sifat tidak memaksa dan teguran lembut suaminya iaitu Aiman Tak Kesah membuka pintu hatinya untuk ikhlas berubah.
Siti sebelum ini mengejutkan peminat selepas mengaku sudah mendirikan rumah tangga dengan Aiman, 21, di Satun, Thailand pada 1 Jun lalu.
Mereka melangsungkan perkahwinan selepas Siti bertindak membatalkan majlis perkahwinannya bersama bekas tunang yang sepatutnya berlangsung sehari sebelum itu.