[TERKINI] Dua maut, 37 cedera dalam nahas jalan raya bas, treler

AWANI 2024-06-09

Views 137

Dua termasuk seorang wanita maut selepas bas ekspres membawa rombongan guru Sekolah Kebangsaan (SK) Jeram, Masjid Tanah, Melaka terbabit kemalangan dengan sebuah treler di Lebuhraya Tun Abdul Razak berhampiran simpang tiga Keratong, Muadzam Shah pada awal pagi Ahad.

Bas membawa 39 penumpang termasuk dua pemandu yang dipercayai dalam perjalanan ke Terengganu itu turut dilaporkan terbabas dan terjunam ke bawah cerun.

Share This Video


Download

  
Report form