'Ponti Jibam-jibam Melaka' tak patah semangat diugut tampar, tarik rambut
BERITA SEMASA 2 JUN 2024
Meskipun pernah diugut beberapa kali termasuk mahu ditampar dan ditarik rambut, namun semua itu tidak mematahkan semangat 'Ponti Jibam-jibam Melaka' untuk terus mencari rezeki dengan cara tersendiri, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Farhana Yaacob.
Namun bapa kepada dua orang cahaya mata itu, Mohd Saifen Mohamed, 40, mengakui sedih apabila usaha yang dilakukan untuk membebaskan keluarganya daripada belenggu hutang mencecah ratusan ribu ringgit dipandang negatif segelintir netizen.
Menurutnya, setiap kali membuat siaran langsung menerusi akaun TikTok miliknya, ada yang gemar melontarkan komen menyakitkan hati sedangkan dia sedang berusaha keras untuk menyara keluarga, bukan sahaja dengan memakai kostum pontianak malah menjual tauhu bakar di Pekan Kopi, Limbongan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/667872/edisi/melaka-ns/ponti-jibam-jibam-melaka-tak-patah-semangat-diugut-tampar-tarik-rambut
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#SinarHarian #BeritaSemasa #PontiMelaka