Ibu bapa Zayn Rayyan jadi suspek kerana perkembangan baharu - Peguam

Sinar Harian 2024-06-01

Views 499.9K

Ibu bapa Zayn Rayyan jadi suspek kerana perkembangan baharu - Peguam

BERITA SEMASA 1 JUN 2024

Seorang peguam memberitahu bahawa terdapat perkembangan baharu dalam siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, menjurus kepada penahanan ibu bapa kepada kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin, 6, yang dibunuh di Damansara Damai, Disember tahun lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Noor Azlida Alimin.

Mahmud Abdul Jumaat yang mewakili pasangan suami isteri itu berkata, pihak polis menyatakan perkara itu ketika prosiding permohonan reman di Mahkamah Majistret di Petaling Jaya pada Sabtu, di hadapan Majistret, Azura Mohd Saad.

Menurutnya, polis memohon pasangan yang merupakan suspek atau orang yang disyaki (OYDS) membunuh anak sulung itu direman selama tujuh hari dan ditahan di Ibu Pejabat Polis Petaling Jaya.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/667764/berita/semasa/ibu-bapa-zayn-rayyan-jadi-suspek-kerana-perkembangan-baharu---peguam

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#BeritaSemasa #SinarHarian #Reman #Mahkamah #ZaynRayyan

Share This Video


Download

  
Report form