Untung bersih MISC naik 24% kepada RM759.9 juta pada suku pertama 2024

AWANI 2024-05-30

Views 11

Untung bersih MISC Berhad pada suku pertama tahun kewangan 2024 (1QFY24) meningkat 24% kepada RM759.9 juta berbanding setahun sebelumnya yang berjumlah RM612.9 juta.

Pendapatan Kumpulan dalam suku berakhir 31 Mac 2024 pula sebanyak RM3.63 bilion iaitu RM559.6 juta atau 18.2% lebih tinggi berbanding suku berakhir 31 Mac 2023.

Share This Video


Download

  
Report form