Peniaga dikesan guna minyak masak peket untuk restoran

Sinar Harian 2024-05-28

Views 40.5K

Peniaga dikesan guna minyak masak peket untuk restoran

BERITA SEMASA 28 MEI 2024

Gagal selenggara buku stok barangan kawalan dan menyalahgunakan minyak masak peket bersubsidi antara kesalahan yang dikesan dilakukan oleh seorang peniaga dalam Ops Terjah di Kuantan pada Selasa, lapor wartawan Sinar Harian, Norawazni Yusof.

Semasa operasi dijalankan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Pahang bersama Jabatan Imigresen Pahang, peniaga yang mengusahakan kedai runcit dan restoran itu dikenakan tindakan di bawah Peraturan 13 (2) Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974.

Operasi bermula jam 10 pagi yang turut dihadiri Timbalan Menteri KPDN, Fuziah Saleh diadakan selepas menerima aduan orang ramai mengenai salah laku melibatkan peniaga tersebut.

artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/667146/berita/semasa/peniaga-dikesan-guna-minyak-masak-peket-untuk-restoran

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa #salahgunaminyakmasakpeket #minyakmasaksubsidi #Kuantan #FuziahSalleh

Share This Video


Download

  
Report form