Ikut nasihat arwah bapa, pekerja kedai makan raih 9A SPM

Sinar Harian 2024-05-27

Views 63.9K

BERITA SEMASA 27 MEI 2024

Memegang teguh nasihat arwah bapa supaya tidak mengetepikan pelajaran membuatkan seorang pekerja kedai makan tekad untuk mencipta kejayaan dalam keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang didudukinya tahun lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Norawazni Yusof.

Said Syazwan Said Rosnizam, 18, diumum antara pelajar terbaik selepas memperoleh keputusan 9A dalam SPM.

Bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Gambang itu berkata, kehilangan bapanya, Said Rosnizam Said Rahamat akibat jangkitan kuman sejak dua tahun lalu sedikit pun tidak mematahkan semangatnya untuk terus belajar.

Malah menurutnya, kepayahan ibunya, Shahiza Nijat, 46, yang menjadi ketua keluarga dengan bekerja sebagai kerani di sebuah bengkel kereta menjadi inspirasi untuk terus meraih keputusan cemerlang.

Artikel:
https://www.sinarharian.com.my/article/666988/berita/nasional/ikut-nasihat-arwah-bapa-pekerja-kedai-makan-raih-9a-spm

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa #SPM #KPM #Pahang

Share This Video


Download

  
Report form