Ubat, kosmetik tidak berdaftar dijual dalam talian di rampas

Sinar Harian 2024-04-30

Views 15.7K

BERITA SEMASA 30 APRIL 2024

Jabatan Kesihatan Negeri Pahang (JKNP) melalui Cawangan Penguatkuasaan Farmasi (CPF) negeri merampas 116 ubat tidak berdaftar dan 49 kosmetik tidak bernotifikasi yang dijual secara dalam talian, lapor wartawan Sinar Harian, Norawazni Yusof.

Pengarah JKNP, Datuk Dr Rusdi Abd Rahman berkata, kesemua barangan itu dijumpai selepas pemeriksaan dilakukan ke atas tiga premis kediaman dan satu kenderaan di sekitar daerah ini.

Menurutnya, empat peranti digital yang digunakan bagi tujuan jualan secara dalam talian turut dijumpai susulan aduan daripada orang awam berhubung aktiviti penjualan ubatan yang disyaki tidak berdaftar.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/662114/berita/semasa/ubat-kosmetik-tidak-berdaftar-dijual-dalam-talian-di-rampas

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#BeritaSemasa #SinarHarian #JKNP #CPF #Ubatberacun #Ubatkosmetik

Share This Video


Download

  
Report form