PRK KKB masa untuk BN balas jasa PH - Ahmad Zahid

Sinar Harian 2024-04-27

Views 8.1K

BERITA SEMASA 27 APRIL 2024

Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) adalah waktu untuk Barisan Nasional (BN) membalas jasa Pakatan Harapan (PH) yang telah membantu calon UMNO pada beberapa siri pilihan raya sebelum ini.

Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, PKR, Amanah dan DAP, telah mendukung dan memberi sokongan kepada calon UMNO pada siri PRK DUN Tioman, DUN Pelangai dan Parlimen Kemaman.

Beliau yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata, justeru itu, BN akan menggerakkan jenteranya untuk membantu calon PH yang mendukung Kerajaan Perpaduan.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/661611/berita/politik/prk-kkb-masa-untuk-bn-balas-jasa-ph---ahmad-zahid

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa #SPR #PRK #KualaKubuBharu #prkkualakububaharu #ZahidHamidi

Share This Video


Download

  
Report form