NORA DANISH Ditipu Kontraktor, Ubahsuai Rumah Tak Siap!
Bukan mudah melantik kontraktor yang jujur dalam proses ubah suai rumah. Tersalah percaturan, proses renovasi rumah terbengkalai, malah wang yang dilaburkan hangus begitu sahaja.
Lebih 7 bulan Nora Danish sekeluarga berpindah randah, gara-gara renovasi rumahnya yang masih belum siap, tidak seperti dijanjikan.
Sudah tidak mampu menahan sabar, pelakon Nora Danish,42 meluahkan rasa kesal dan terkilan apabila 2 individu yang dianggap 'adik', tergamak menipu dalam proses pengubahsuaian di kediaman barunya. Nora juga telah bertindak membuat laporan polis terhadap perkara ini.
#impiana
#ubahsuairumah
#renovasirumah
#ubahsuairumahterbengkalai
#kontraktorpenipu