Dekan Institut Pengajian Siswazah Universiti Islam Melaka dan Profesor Adjung Universiti Malaya, Prof. Dr. Kamaruzaman Yusoff berkata Amerika Syarikat menunjukkan sikap yang lebih waras dalam mengendalikan insiden serangan balas Iran terhadap pengeboman Israel terhadap kedutaannya di Damsyik. Jelasnya, Iran telah menunjukkan bahawa tindakannya adalah lebih terarah kepada sasaran ketenteraan, dan bukannya menyasarkan orang awam. #AgendaAWANI