Suspek kes tembak di KLIA hafiz al-Quran
BERITA SEMASA 16 APRIL 2024
Suspek lelaki yang melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 pada Ahad merupakan seorang hafiz al-Quran dan pernah mengikuti pengajian di sebuah pondok di Repek, Pasir Mas, lapor wartawan Sinar Harian, Hazelen Liana Kamarudin.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, hasil ujian dilakukan pada Isnin mendapati suspek yang berusia 38 tahun itu fasih dengan ayat-ayat al-Quran dan sebagainya.
Sementara itu, suspek diberkas polis semasa mengambil laporan kesihatan di Hospital Pakar Perdana di Kota Bharu, pada Isnin.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/659749/berita/semasa/suspek-kes-tembak-di-klia-hafiz-al-quran
Muzik: www.bensound.com
#SinarHarian #BeritaSemasa #KesTembakanKLIA #KLIA