BERITA SEMASA 7 APRIL 2024
Menurut Naib Presiden PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad, parti itu faham tentang kemarahan umat Islam terhadap isu tular stokin memaparkan kalimah ALLAH yang dijual di KK Super Mart.
Bagaimanapun katanya, perkara berkenaan sepatutnya tidak perlu dipanjangkan apabila pemilik kedai serbaneka tersebut telah pun menghadap Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim untuk meminta ampun dan maaf kepada Seri Paduka Baginda serta seluruh umat Islam.
Nik Nazmi berkata demikian dalam pertemuan dengan Sinar Harian pada Rabu.
Muzik: www.Bensound.com
#SinarHarian #BeritaSemasa #PKR #NikNazmi