7,000 bungkus nasi beriani habis tak sampai sejam

Sinar Harian 2024-03-29

Views 31.1K

7,000 bungkus nasi beriani habis tak sampai sejam

BERITA SEMASA 29 MAC 2024

Sebanyak 7,000 bungkus nasi beriani habis diedarkan tidak sampai satu jam dalam program 'Briyani Day' di Masjid Sultan Idris Shah II Ipoh, pada Khamis, lapor wartawan Sinar Harian, Normawati Adnan.

Hidangan istimewa itu diedarkan secara percuma kepada komuniti setempat anjuran Persatuan India Muslim Perak (PRIM) dengan kerjasama jawatankuasa masjid.

Tinjauan mendapati, seawal jam 2.30 petang, orang ramai telah mula beratur dan menunggu meskipun edaran bungkusan dijadualkan bermula jam 4 petang.

Pengerusi PRIM, Mohamed Arib Aliah berkata, hidangan tersebut disediakan secara gotong-royong menggunakan lebih 800 kilogram beras dan 800 ekor ayam.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/657079/edisi/perak/7000-bungkus-nasi-beriani-habis-tak-sampai-sejam

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#BeritaSemasa #SinarHarian #NasiBeriani #Ramadan

Share This Video


Download

  
Report form