Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata teknologi pertanian yang dihasilkan di universiti dan Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) mesti dikongsikan dengan petani. Jelasnya, kementeriannya sedang bergerak kearah perkongsian teknologi yang lebih pantas demi manfaat industri tani negara.