Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Dr. Mohd Uzir Mahidin berkata sistem Pangkalan Data Utama (PADU) yang diperkenalkan bukan semata-mata tertumpu kepada memastikan subsidi diberikan kepada kumpulan berpendapatan rendah. Jelasnya, sistem ini juga membolehkan kerajaan menjaya program khusus untuk memajukan ekonomi kumpulan pertengahan dengan lebih pantas.