Rusia memberi amaran tegas akan melaksanakan 'tindakan balas' sekiranya Kesatuan Eropah (EU) menggunakan setiap aset negaranya yang dibeku untuk membiaya senjata buat Ukraine. Dalam kenyataan berbaur ancaman dikeluarkan Kremlin pada Khamis, 'tindakan balas' yang dimaksudkan adalah dengan menggunakan setiap mekanisme yang ada demi menjaga kepentingan negara serta memanfaatkan setiap tindakan perundangan.