Antara faktor konflik yang sudah diteliti oleh sarjana termasuk biologi, psikologi, geografi yang merangkumi aspek sempadan atau tanah, demografi, ideologi, agama, budaya dan faktor sosioekonomi.
Kepelbagaian agama yang wujud dikenal pasti sebagai salah satu faktor yang boleh mencetuskan konflik, antaranya ialah perbezaan pegangan ajaran agama, sikap penganut agama bertindak di luar batasan yang digariskan agama dan undang-undang negara serta salah faham antara agama atau dalam kalangan agama yang sama.
Mohd Azmi Abdul Hamid, Presiden Majlis Perunding Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM)