Projek rintis Dasar Gaji Progresif bermula Jun hingga Ogos
BERITA SEMASA 20 MAC 2024
Timbalan Menteri Ekonomi, Datuk Hanifah Hajar Taib berkata pelaksanaan Dasar Gaji Progresif akan dimulakan dengan projek rintis pada Jun 2024 hingga Ogos 2024.
Penilaian impak projek rintis akan dimulakan pada September 2024 untuk memastikan ketersedian dasar ini secara menyeluruh sebelum ia dilaksanakan.
Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan dikemukakan Ahli Parlimen Kalabakan, Datuk Andi Muhammad Suryady Bandy yang bertanya bilakah kerajaan akan melaksanakan dasar gaji progresif bagi mereformasi pasaran buruh dengan matlamat unuk tingkatkan gaji pekerja selari peningkatan produktiviti selain beri keadilan sosial kepada pekerja swasta.
Tonton video menarik di https://bit.ly/3H2tLd1
Muzik: www.bensound.com
#SinarHarian #sinarlive #sidangparlimen #dasargajiprogesif