Hubungan sulit UMNO-PH punca kegagalan MN, bukan Pas - Ahmad Fadhli
BERITA SEMASA 18 Mac 2024
Punca sebenar kegagalan Muafakat Nasional (MN) berhubung kait dengan hubungan sulit UMNO bersama pimpinan Pakatan Harapan (PH) sebelum Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dan bukannya Pas.
Ketua Penerangan Pas, Ahmad Fadhli Shaari mendakwa, perbualan telefon antara ‘cikgu dan murid’ serta ‘gumpalan kertas A4’ yang berlaku sebelum PRU15 itu merupakan bukti tersebut.
Sinar Harian pada Sabtu melaporkan, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menolak cadangan untuk menghidupkan semula MN kerana mahu fokus membentuk kerjasama dengan parti Kerajaan Madani.
Menurut Datuk Seri Ahmad Zahid, UMNO tidak pernah meruntuhkan MN dan penyatuan ummah, sebaliknya Pas yang berbuat demikian.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/655188/berita/politik/hubungan-sulit-umno-ph-punca-kegagalan-mn-bukan-pas---ahmad-fadhli
#SinarHarian #BeritaSemasa #MuafakatNasional #PRU15