Kerajaan tidak mampu bina stadium khas Harimau Malaya
BERITA SEMASA 15 MAC 2024
Kerajaan tidak bercadang membina stadium berbeza untuk penganjuran konsert dan skuad Harimau Malaya dalam masa terdekat.
Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh berkata, kerajaan tidak mampu untuk menampung pembinaan stadium tersebut dan tumpuan adalah untuk memastikan penggunaan seimbang Stadium Nasional Bukit Jalil untuk sebarang penganjuran aktiviti dan kegunaan pasukan Harimau Malaya.
Sebelum ini, stadium tersebut sering menimbulkan isu terutama selepas berlangsungnya sebarang konsert yang menyaksikan padang mengalami kerosakan yang teruk.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/654656/berita/sukan/kerajaan-tidak-mampu-bina-stadium-khas-harimau-malaya
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#SinarHarian #BeritaSemasa #binastadiumbaru #stadiumbukitjalil