Doktor tak mengaku cabul pekerja sendiri
BERITA SEMASA 12 MAC 2024
Seorang doktor sebuah klinik swasta mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Bahau pada Selasa atas pertuduhan mencabul pekerjanya bulan lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Norafidah Assan.
Tertuduh, Mohamad Amin Razaly, 36, membuat pengakuan itu sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Norshazwani Ishak.
Berdasarkan pertuduhan, tertuduh telah mencabul mangsa iaitu seorang wanita berusia 25 tahun pada 19 Februari lalu kira-kira jam 10.30 malam di bilik rehat sebuah klinik di Bandar Baru Serting.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/654062/berita/semasa/doktor-tak-mengaku-cabul-pekerja-sendiri
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#SinarHarian #BeritaSemasa #doktorcabulpekerja #mahkamah