MENGAKU wujud salah faham sebelum ini, penyanyi rap MK K-Clique memohon maaf secara terbuka kepada sahabatnya iaitu Tuju.
Bertemu dalam sebuah penerbangan secara kebetulan, MK atau Muhammad Hairi Amin Hamdan, 28, berharap hubungannya dengan Tuju selepas ini akan bertambah baik.
MK juga terbuka untuk berkolaborasi bersama Tuju meskipun sahabatnya itu tidak lagi menganggotai kumpuan K-Clique selepas nekad bergerak haluan solo sejak dua tahun lalu.