Pengasas bersama UNDI18, Qyira Yusri berkata sekiranya parti-parti politik benar-benar mahu mencapai kadar 30 peratus wakil rakyat wanita dalam parlimen, maka calon wanita yang bertanding perlu lebih ramai. Jelasnya, Malaysia perlu memecah tembok pemikiran yang tidak memasukkan wanita sebagai calon untuk menduduki jawatan presiden, timbalan presiden atau naib presiden parti.