Tiga usul Ahli Parlimen Arau ditolak
BERITA SEMASA 28 FEBRUARI 2024
Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim menyatakan dia telah menghantar tiga usul kepada Speaker Dewan Rakyat, namun sayangnya ketiga-tiganya ditolak.
Beliau turut merayu supaya membincangkan salah satu usul berkenaan atas belas ihsan pihak speaker.
Bagaimanapun, Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Johan Abdul tetap menolak untuk membincangkan usul berkenaan kerana dihantar selepas jam 10 pagi iaitu tidak cukup 24 jam dan melanggar peraturan 18 (2) Dewan Rakyat.
Tonton video menarik di https://bit.ly/3H2tLd1
#SinarHarian #BeritaSemasa #SidangParlimen #tigausulditolak