Lima penghantar makanan didakwa membunuh

Sinar Harian 2024-02-27

Views 15K

BERITA SEMASA 27 FEBRUARI 2024

Lima penghantar makanan yang tular dalam kejadian pukul dan ikat seorang pemandu kereta minggu lalu didakwa di Mahkamah Majistret di Bangi pada Selasa, atas satu tuduhan membunuh. Lapor wartawan Sinar Harian, Noor Azlida Alimin

Tertuduh ialah Mohd Yuree Ranoff Mohd Bachuri, 41, Azharul Azuan Mohd Azan, 34, Tengku Izham Tengku Hamid, 22, Mahazir Nordin, 43, dan Syamsul Qamar Ayob, 40.

Kesemua lelaki itu mengangguk tanda faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret, Nurdiyanah Mohd Nawawi.

Artikel:
https://www.sinarharian.com.my/article/651548/berita/semasa/lima-penghantar-makanan-didakwa-membunuh

Muzik: www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa #ehailing #bunuh #mahkamah

Share This Video


Download

  
Report form