Saya tidak suka sistem banyak 'red tape' - Sultan Ibrahim

Sinar Harian 2024-02-26

Views 3.3K

Saya tidak suka sistem banyak 'red tape' - Sultan Ibrahim

BERITA SEMASA 26 FEBRUARI 2024

Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim pada Isnin mahu kecekapan proses kerja dan tadbir urus setiap agensi kerajaan sentiasa dinilai dan ditingkatkan, bagi memastikan tiada red-tape atau karenah birokrasi dalam sistem penyampaian kerajaan.

"Saya tidak suka dengan sistem yang banyak red-tape,” tegas Seri Paduka Baginda ketika bertitah pada Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Parlimen Ke-15 di Bangunan Parlimen pada Isnin.

Turut berangkat ke istiadat itu, Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah.

Sultan Ibrahim bertitah, jentera kerajaan diingatkan agar meningkatkan kecekapan dan mengamal prinsip kerja berintegriti, supaya pembangunan ekonomi dapat dicapai dengan jayanya.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/651426/berita/nasional/saya-tidak-suka-sistem-banyak-red-tape---sultan-ibrahim

Muzik: www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa #UcapanAgong #SidangParlimen

Share This Video


Download

  
Report form