Meskipun diduga dengan pelbagai keganasan terus menerus tentera Israel, rakyat Palestin sama sekali tidak gentar dan bagaikan sudah lali mendapat layanan kasar rejim zionis itu. Situasi itu dapat dilihat di Baitulmaqdis yang menempatkan Masjid Al-Aqsa yang mana umat Islam menunaikan solat Jumaat dalam kawalan ketat Israel.