Lagi laporan polis terhadap Dd Chronicle

Sinar Harian 2024-02-15

Views 11.1K

Lagi laporan polis terhadap Dd Chronicle

BERITA SEMASA 15 FEBRUARI 2024

Permohonan maaf daripada pempengaruh media sosial, Dd Chronicle berkait video parodi dilakukan yang didakwa mempersendakan keputusan mahkamah dalam isu enakmen syariah tidak menghalang proses perundangan dikenakan terhadapnya, lapor wartawan Sinar Harian, Norawazni Yusof.

Pengerusi Amanah Pahang, Mohd Fadzli Mohd Ramly berkata, atas alasan itu parti Amanah membuat satu laporan polis terhadap Dd Chronicle atau nama sebenarnya, Dediy Sulaeman Ra’e.

Menurutnya, anasir seperti Dd Chronicle perlu dikenakan tindakan serius supaya ia menjadi pengajaran kepada rakyat Malaysia.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/649771/berita/semasa/lagi-laporan-polis-terhadap-dd-chronicle

#SinarHarian #BeritaSemasa #laporanpolis #kesDDChronicle

Share This Video


Download

  
Report form