Pakai cheongsam rai Tahun Baharu Cina

Sinar Harian 2024-02-10

Views 5.4K

Pakai cheongsam rai Tahun Baharu Cina

BERITA SEMASA 10 FEBRUARI 2024

Sambutan Tahun Baharu Cina kali ini dilihat meriah, apabila pekarangan ibu kota dipenuhi pengunjung sejak awal pagi pada Sabtu, lapor wartawan Sinar Harian, Aisyah Basaruddin.

Tinjauan di sekitar Bukit Bintang mendapati, pengunjung tidak kira dalam dan luar negara menghabiskan cuti umum sempena perayaan itu dengan bersiar-siar, merakamkan momen kenangan serta membeli belah.

Pelajar, Nadia Jamali, 22, berkata, dia yang lengkap berpakaian cheongsam sudah tiba sejak 10 pagi kerana teruja untuk menyaksikan tarian singa yang akan dipersembahkan di beberapa kawasan tumpuan orang ramai.

Tonton video menarik di https://bit.ly/3H2tLd1

Muzik: www.bensound.com

#SinarHarian #SinarLive #CNY

Share This Video


Download

  
Report form