Bersatu ambil tindakan undang-undang wakil rakyat khianat parti

Sinar Harian 2024-01-29

Views 2.6K

BERITA SEMASA 29 JANUARI 2024

Parti Bersatu akan mengambil tindakan undang-undang ke atas wakil rakyatnya yang bertindak mengkhianati parti itu.

Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, perkara itu diputuskan pada mesyuarat khas Majlis Pimpinan Tertinggi parti yang berlangsung di ibu pejabatnya di Kuala Lumpur, malam Ahad.

Beliau berkata, bagi tujuan itu mesyuarat bersetuju untuk meminda Perlembagaan Bersatu bagi menghalang tindakan khianat dalam kalangan wakil rakyatnya daripada berulang.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/646823/berita/politik/bersatu-ambil-tindakan-undang-undang-wakil-rakyat-khianat-parti

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa #BERSATU #wakilrakyat #khianat #politik

Share This Video


Download

  
Report form