Presiden Kelab Agensi Kaunseling Dan Pengurusan Kredit (AKPK) Universiti Teknologi dan Inovasi Asia Pasifik (APU), Jason Chin Thean Soo berkata teknologi Kecerdasan Buatan (AI) mampu menyediakan pendidikan yang disesuaikan dengan keperluan individu. Jelasnya, kaedah tersebut membolehkan setiap individu belajar pada rentak tersendiri dengan lebih berkesan.