Patuhi peraturan, elak stigma negatif terhadap warga Indonesia - Calon PSI
BERITA SEMASA 21 JANUARI 2024
Warga Indonesia hendaklah berwaspada agar tidak dianggap seperti kelas kedua kerana mempunyai masalah perundangan ketika berada di luar negara terutamanya berkaitan kesalahan imigresen.
Calon Parti Solidaritas Indonesia bagi kerusi Dewan Pewakilan Rakyat Republik Indonesia, Daerah Khusus Ibu Kota Jakarta 2, Marsha Damita Siagan berkata, setiap rakyat perlu mematuhi peraturan negara yang mereka berada itu untuk mengelakkan sebarang layanan yang tidak sepatutnya daripada warga tempatan.
Beliau yang dalam rangka lawatan sempena kempen Pilihan Raya Umum (Pemilu) yang akan berlangsung 14 Februari 2024 depan juga berkata, terdapat juga isu rakyat Indonesia tidak mengetahui berkenaan hak apabila berada di luar negara.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/645486/berita/nasional/warga-indonesia-elak-dianggap-rakyat-kelas-kedua
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#SinarHarian #BeritaSemasa #Pemilu #Indonesia