'Saya bukan kanak-kanak, umur sudah 14 tahun'

Sinar Harian 2024-01-18

Views 6.5K

'Saya bukan kanak-kanak, umur sudah 14 tahun'

BERITA SEMASA 18 JANUARI 2024

"Saya sudah remaja bukan lagi kanak-kanak," demikian luah cahaya mata kepada Mohd Zulfikri Yahaya, 42, dan Nor Azizom Hanafi, 35, dari Kampung Batu Gajah, Tanah Merah, lapor wartawan Sinar Harian, Hazelen Liana Kamarudin.

Bentuk fizikal seakan-akan kanak-kanak menyebabkan Nur Ainul Darwisya Mohd Zulkfikri sering disalah anggap walaupun usianya sudah menginjak 14 tahun.

Penyakit buah pinggang yang dihidapinya sejak berusia 4 tahun itu menyebabkan kedua kaki anak sulung daripada tujuh beradik ini mengecil, serta tangan mulai membengkok dan lebih menyedihkan lagi wajahnya mengalami perubahan.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/644839/edisi/kelantan/saya-bukan-kanak-kanak-umur-sudah-14-tahun

Muzik: Bensound Sad Day

#SinarHarian #BeritaSemasa #remajabertubuhkanakkanak

Share This Video


Download

  
Report form