RUU kekal kerajaan: Elak empat Perdana Menteri satu penggal - Ahmad Maslan

Sinar Harian 2024-01-14

Views 563

BERITA SEMASA 14 JANUARI 2024

Rang Undang-Undang khusus bagi membolehkan kerajaan mentadbir dan bertahan hingga akhir penggalnya sebagaimana yang dicadangkan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi merupakan tindakan tepat bagi menjaga kestabilan politik negara.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, cadangan itu juga penting bagi memberi peluang kepada parti yang memenangi Pilihan Raya Umum (PRU) memerintah negara mengikut penggal tanpa diganggu dengan usaha untuk menumbangkan kerajaan sedia ada.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/644272/berita/politik/ruu-kekal-kerajaan-elak-empat-perdana-menteri-satu-penggal---ahmad-maslan

#SinarHarian #SinarTerkini #ahmadmaslan #PM #RUU

Share This Video


Download

  
Report form