Sekurang-kurangnya 92 wartawan terbunuh dalam kempen ketenteraan Israel yang berlanjutan di Semenanjung Gaza sejak 7 Okt, menurut pejabat media kerajaan di Palestin pada Ahad. Memetik kenyataan yang dikeluarkan pejabat itu, Mangsa terbaharu ialah wartawan Rami Badir dan Assem Kamal Musa yang terbunuh akibat serangan tentera penceroboh Israel sejak dua hari lalu .