Presiden Majlis Belia OKU Malaysia dan Exco Majlis Belia Malaysia (MBM), Mohd Faiz Suhaimi berkata gesaan untuk anak muda terlibat dalam pertubuhan belia bukan semata-mata untuk menyiapkan generasi pemimpin dan menjadi presiden organisasi semata-mata. Jelasnya, merancakkan penyertaan belia dan pertubuhan adalah untuk memastikan mereka lantang menyuarakan pandangan dalam sebaran perbincangan mengenai penggubalan dasar.