BERITA SEMASA 5 DISEMBER 2023
Inisiatif kerajaan yang memberikan pengecualian visa selama 30 hari kepada pelancong China dan India akan membawa pulangan besar terhadap sektor pelaburan negara.
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, kebenaran itu akan memberi peluang kepada pelabur-pelabur luar untuk turut menyertai kerancakan aktiviti ekonomi di Malaysia.
"Ia bukan soal pelancongan semata-mata, sebaliknya soal perniagaan. Dengan kebenaran visa dalam tempoh yang diberikan itu memberi peluang kepada pihak luar (pelabur asing) untuk turut datang,"katanya kepada Sinar Harian semasa sesi wawancara khas di pejabatnya baru-baru ini.
ARTIKEL BERKAITAN: https://www.sinarharian.com.my/article/638189/edisi/selangor-kl/pengecualian-visa-tarik-pelabur-asing-datang-ke-malaysia
Muzik: www.bensound.com
#SinarHarian #BeritaSemasa #BeritaMojo #BeritaSemasa #MBSelangor #Amirudin Shari