Wahab mahu tuntut keadilan buat dirinya
BERITA MOJO 30 NOVEMBER 2023
Abdul Wahab hadir bersama peguamnya Faizal Abd Rahman, sekitar jam 11 pagi, kemudian dia dilihat keluar pada 4.45 petang selepas selesai dirakam keterangan di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah, IPD Kajang, lapor wartawan Sinar Harian, Ahmad Ismadi Ismail.
Abdul Wahab mendakwa tindakannya membuat laporan polis adalah mahu membersihkan namanya dalam kes tular rakaman video perbualan berbaur lucah yang dikaitkan bekas Ketua Pengarah J-KOM, Datuk Mohammad Agus Yusoff.
Tambahnya, ia mengakui dirinya tertekan serta trauma dengan apa yang berlaku membabitkan dirinya dalam kes berkenaan.
ARTIKEL: https://www.sinarharian.com.my/article/637392/berita/semasa/saya-trauma-mahu-tuntut-keadilan--wahab
#SinarHarian #BeritaSemasa #BeritaMojo #SinarTerkini #Wahab #J-KOM #Agus