Dewan Rakyat lulus RUU Kawalan Produk Merokok

AWANI 2023-11-30

Views 2

Dewan Rakyat hari ini meluluskan Rang Undang-undang Kawalan Produk Merokok demi Kesihatan Awam 2023 di peringkat dasar, selepas ia mendapat sokongan majoriti ahli melalui undian suara.

Ia merupakan versi ketiga yang dibentangkan di Dewan Rakyat selepas berlaku beberapa pindaan sebelum ini, termasuk menggantikan klausa melarang orang yang lahir selepas tahun 2007 melakukan aktiviti merokok, dengan terma orang belum dewasa (OBD).

Share This Video


Download

  
Report form