Kes penderaan seksual kanak-kanak tertinggi setakat Ogos 2023

AWANI 2023-11-29

Views 92

Setakat Ogos 2023, kes penderaan seksual terhadap kanak-kanak merupakan kes tertinggi dikendalikan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dengan 1,603 kes, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) Datuk Seri Nancy Shukri berkata, ia diikuti dengan kes pengabaian terhadap kanak-kanak dengan 1,530 kes, 156 kes dibuang ibu bapa atau tiada ibu bapa, 73 kes melibatkan penderaan emosi, dan 614 kes lagi akibat faktor lain-lain.

Share This Video


Download

  
Report form