Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil hari ini berikutan operasi Bank Negara Malaysia untuk menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.
Mudah tunai dalam sistem konvensional meningkat sedikit kepada RM38.62 bilion daripada RM37.82 bilion pagi tadi, manakala mudah tunai dana Islam berkurangan menjadi RM24.94 bilion daripada RM29.45 bilion sebelumnya.