Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli menyangkal dakwaan bahawa kegagalan pemulihan ekonomi negara ketika ini salah satunya berpunca kerana jawatan Menteri Kewangan disandang oleh Perdana Menteri.
Selain itu, Rafizi turut tidak bersetuju dengan saranan Ahli Parlimen Pagoh, Tan Sri Muhyiddin Yassin agar Datuk Seri Anwar Ibrahim melantik seorang Menteri Kewangan penuh bagi menguruskan hal ekonomi negara.