Kerajaan akan mengadakan perbincangan lanjut dengan Brunei berhubung penggunaan cukai jalan digital yang kini digunakan di Malaysia. Ini berikutan peraturan di negara jiran itu yang menuntut rakyat Malaysia untuk terus mempamerkan cukai jalan secara fizikal.